Jawatan Kosong Guru Tarannum Al Quran (Diperlukan, Mengajar Online)

Jawatan kosong guru taranum

Kami mengalu-alukan mana-mana ustaz dan ustazah yang berkemahiran dalam bidang Al Quran untuk memohon jawatan kosong guru taranum Al Quran di Jom Al Quran.

Guru tarannum diperlukan

Guru taranum online ini sangat-sangat diperlukan kerana terlalu banyak permintaan. Terutama sekali semasa musim PKP dan COVID-19.

Kerja kosong ini amat fleksibel kerana mengikut waktu yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak, iaitu guru dan pelajar.

 

Kelebihan guru tarannum online dengan kami

  • Boleh bekerja secara full-time dan part-time
  • Boleh memilih lokasi mengajar yang berdekatan dengan tempat tinggal
  • Jika online, boleh berinteraksi dengan pelajar dari seluruh Malaysia
  • Bebas menyusun dan menguruskan waktu antara guru dan pelajar
  • Masa yang fleksibel
  • Tidak terikat dengan waktu kerja 9-5 seperti orang lain
  • Latihan dan taklimat akan diberikan semasa proses on-boarding
  • Berpeluang untuk ke luar negara jika ada permintaan dari pelajar yang berada di luar Malaysia
  • Hanya perlu mengajar orang dewasa, bukan kanak-kanak / remaja
  • Kebanyakannya ialah golongan warga emas yang memang mahu belajar Al Quran

 

Syarat dan kelayakan menjadi guru tarannum Al Quran

  • Warganegara Malaysia
  • Sihat tubuh badan
  • Solat 5 waktu
  • Berumur 20 – 50 tahun (Maklumkan jika bukan dalam lingkungan umur ini)
  • Fasih dalam Bahasa Melayu
  • Bonus jika fasih dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab
  • Mempunyai pendidikan dalam bidang pengajian Islam
  • Mempunyai pengalaman mengajar Al Quran sekurang-kurangnya 1 tahun
  • Boleh beri komitmen untuk mengajar Al Quran lebih dari 6 bulan
  • Boleh beri komitmen untuk memandu ke rumah pelajar walaupun jauh sedikit dari tempat tinggal
  • Mempunyai lesen memandu yang sah
  • Mempunyai kenderaan sendiri
  • Mempunyai telefon bimbit
  • Mempunyai langganan Internet

 

Apa skill yang guru taranum perlu ada?

Anda boleh pilih untuk mengajar taranum Al Quran berlagu seperti berikut:

  • Tarannum asas
  • Tarannum Bayati / Bayyati
  • Tarannum Nahawand
  • Tarannum Kurdi
  • Tarannum Rast
  • Tarannum Soba
  • Tarannum Jiharkah
  • Tarannum Hijaz

 

Siapa yang sesuai isi jawatan kosong guru tarannum Al Quran ini?

  • Pelajar IPT yang ingin mencari pendapatan sampingan
  • Lepasan universiti atau fresh-graduate yang masih belum dapat kerja
  • Fresh-graduate yang mahu menceburi bidang pendidikan
  • Guru-guru lain yang mahu tambah pendapatan dengan bekerja secara part-time
  • Sesiapa sahaja yang mempunyai kelayakan dan terkesan dengan pandemik Coronavirus COVID-19

 

Sila isikan maklumat seperti di bawah. Boleh hubungi kami jika ada sebarang pertanyaan berkenaan jawatan kosong guru taranum Al Quran ini.