Kelas Mengaji Al Quran Online Dewasa (Belajar Guna Zoom)

Kelas mengaji online dewasa

Bagi anda yang sudah berumur, tetapi masih lagi tidak kenal huruf dan bacaan tidak lancar, jangan malu untuk belajar. Kami ada kelas mengaji Al Quran online untuk orang dewasa.

Kelebihan kelas mengaji online

  • Boleh tentukan masa sendiri
  • Tidak perlu keluar untuk pergi belajar dengan guru
  • Tidak perlu menunggu ustaz / ustazah sampai ke rumah
  • Boleh belajar secara persendirian dengan guru
  • Jadi, tak perlu malu diketawakan oleh orang lain
  • Juga boleh belajar bersama pasangan suami atau isteri masing-masing

Jika sudah pencen dan tidak tahu buat apa, masuklah kelas belajar Al Quran ini.

Belajar ilmu, buat apa nak malu?

 

Keperluan untuk masuk kelas mengaji online

Berikut adalah antara keperluan untuk memasuki kelas online.

  • Secara asasnya, anda perlukan talian Internet yang stabil
  • Kami sarankan anda gunakan Internet fibre seperti Unifi
  • Jika tidak ada, boleh sahaja gunakan mobile data dengan penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang anda gunakan sekarang seperti
    • Celcom
    • Maxis
    • Digi
    • U Mobile
    • Dan lain-lain
  • Cuma, apabila gunakan mobile data, pastikan anda mempunyai data yang cukup
  • Ini kerana belajar secara online ini adalah menggunakan format video menggunakan Zoom, Google Hangout atau Google Meet
  • Data transfer adalah sangat besar
  • Sekiranya tidak topup data terlebih dahulu, akan ada masalah semasa proses pembelajaran
  • Berkemungkinan juga, video akan tersekat-sekat
  • Kami sarankan anda gunakan postpaid plan, bukan prepaid.

 

Kelas belajar mengaji Al Quran secara online ini, berkesan tak?

Sejujurnya, ia bergantung kepada individu. Dalam tempoh PKP sebelum ini yang disebabkan oleh pandemik Coronavirus COVID-19, ramai yang beralih ke platform atas talian.

Mula-mula, memang rasa sangat janggal.

Lama-lama sudah biasa. Jadi seornok pula.

Inilah yang dikatakan atau dipanggil new normal.

 

Ada free trial?

Boleh, tak ada masalah. Kami boleh berikan free trial selama 30 minit

Jika anda rasa ingin lihat dulu muka pengajar untuk melihat keserasian, kami galakkan anda ambil peluang ini.

Tidak jadi ambil, tak mengapa.

Anda hanya perlu isikan borang di bawah ini. Kami akan menghubungi anda secepat mungkin.