Mengaji Al Quran 30 Juzuk Dewasa (Belajar Talaqqi, Berguru)

Mengaji Al Quran 30 Juzuk Dewasa (Belajar Talaqqi, Berguru)

Mengaji Al Quran 30 Juzuk

Bagi anda yang kini sudah sedikit lancar, tentu sekali mahu belajar mengaji Al Quran 30 juzuk dengan sanad.

Sanad itu penting kerana ia memastikan bacaan kita mengikut seperti apa yang diajarkan oleh Rasulullah, Nabi Muhammad s.a.w.

Kelebihan belajar mengaji Al Quran 30 juzuk

  • Boleh tentukan masa sendiri
  • Pilihan #1, tidak perlu keluar untuk pergi belajar dengan guru
  • Pilihan #2, terus berjumpa dengan ustaz / ustazah yang memang mempunyai kepakaran dalam bidang ini
  • Setiap bacaan kita yang salah akan diperbetulkan
  • Setiap ayat akan diberitahu di mana tempat waqaf, iaitu tempat berhenti
  • Boleh belajar secara persendirian dengan guru
  • Juga boleh belajar bersama pasangan suami atau isteri masing-masing

Jika sudah tidak bekerja lagi, sudah pencen dan tidak tahu buat apa, masuklah kelas belajar Al Quran ini.

 

Bolehkan belajar mengaji Al Quran 30 juzuk secara online?

Kalau dilihat dari mata kasar, sememangnya tidak ada salah apa-apa.

Cuma, dari segi adabnya, adalah lebih baik jika bertemu dan belajar secara berhadapan dengan guru mengaji Al Quran.

Walau bagaimanapun, untuk belajar secara online atau face-to-face, itu adalah terpulang kepada individu.

 

Kelayakan untuk sertai kelas mengaji 30 juzuk

Berikut adalah antara keperluan untuk memasuki kelas ini.

  • Secara asasnya, anda mestilah sudah lancar membaca Al Quran
  • Sudah kenal huru
  • Tidak lagi keliru dengan huruf bersambung
  • Tidak lagi tertukar baris huruf
  • Sudah tahu panjang pendek
  • Bacaan tidak lagi merangkak-rangkak
  • Setidak-tidaknya, tahu serba sedikit tentang tajwid
  • Untuk mudah faham, jika anda boleh membaca Surah Al Baqarah dengan lancar, anda boleh sertai kelas talaqqi bersanad.

 

Berapa lama untuk khatam 30 juzuk?

Untuk kelas talaqqi seminggu sekali, ia boleh mengambil masa 1 tahun setengah sehingga 2 tahun untuk khatam Al Quran.

Berkesan atau tidak itu adalah bergantung kepada tahap kesediaan dan penglibatan pelajar.

Sejujurnya, ia masih lagi bergantung kepada individu.

 

Ada free trial?

Boleh, tak ada masalah. Kami boleh berikan free trial selama 30 minit yang akan dilakukan secara online.

Jika anda rasa ingin lihat dulu muka pengajar untuk melihat keserasian, kami galakkan anda ambil peluang ini.

Walau bagaimanapun, guru yang akan hubungi untuk free trial itu tidak semestinya guru yang akan mengajar nanti.

Anda hanya perlu isikan borang di bawah ini. Kami akan menghubungi anda secepat mungkin.