Jawatan Kosong Guru Mengaji Al Quran (Diperlukan, Mengajar Online)

Jawatan kosong guru mengaji Al Quran di rumah dan online

Kami mengalu-alukan mana-mana ustaz dan ustazah yang berkemahiran dalam bidang Al Quran untuk memohon jawatan kosong guru mengaji Al Quran di Jom Al Quran.

Guru mengaji online diperlukan

Guru mengaji online ini sangat-sangat diperlukan kerana terlalu banyak permintaan. Ini juga termasuk guru tarannum online. Terutama sekali semasa musim PKP dan COVID-19.

Kerja kosong ini amat fleksibel kerana mengikut waktu yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak, iaitu guru dan pelajar.

 

Kelebihan guru mengaji online dengan kami

  • Boleh bekerja secara full-time dan part-time
  • Boleh memilih lokasi mengajar yang berdekatan dengan tempat tinggal
  • Jika online, boleh berinteraksi dengan pelajar dari seluruh Malaysia
  • Bebas menyusun dan menguruskan waktu antara guru dan pelajar
  • Masa yang fleksibel
  • Tidak terikat dengan waktu kerja 9-5 seperti orang lain
  • Siang boleh kerja lain, malam boleh part-time
  • Contohnya, jika kerja secara part-time, kelas boleh bermula 8pm atau 9pm
  • Ini kerana ramai pelajar juga bekerja dan hanya ada masa waktu malam sahaja
  • Latihan dan taklimat akan diberikan semasa proses on-boarding
  • Berpeluang untuk ke luar negara jika ada permintaan dari pelajar yang berada di luar Malaysia
  • Hanya perlu mengajar orang dewasa, bukan kanak-kanak / remaja
  • Kebanyakannya ialah golongan warga emas yang memang mahu belajar Al Quran
  • Namun, ada juga keperluan untuk mengajar kanak-kanak
  • Maklumkan siap-siap, jika mahu mengajar dewasa sahaja, atau kanak-kanak sahaja

 

Syarat dan kelayakan menjadi guru mengaji Al Quran

  • Warganegara Malaysia
  • Sihat tubuh badan
  • Solat 5 waktu
  • Berumur 20 – 50 tahun (Maklumkan jika bukan dalam lingkungan umur ini)
  • Fasih dalam Bahasa Melayu
  • Bonus jika fasih dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab
  • Jika fasih Bahasa Inggeris, berpeluang mengajar pelajar yang memang fasih Bahasa Inggeris; atau yang bukan orang Melayu
  • Mempunyai pendidikan dalam bidang pengajian Islam
  • Mempunyai pengalaman mengajar Al Quran sekurang-kurangnya 1 tahun
  • Boleh beri komitmen untuk mengajar Al Quran lebih dari 6 bulan
  • Boleh beri komitmen untuk memandu ke rumah pelajar walaupun jauh sedikit dari tempat tinggal
  • Mempunyai lesen memandu yang sah
  • Mempunyai kenderaan sendiri
  • Mempunyai telefon bimbit
  • Mempunyai langganan Internet

 

Siapa yang sesuai isi jawatan kosong guru mengaji Al Quran ini?

  • Pelajar IPT yang ingin mencari pendapatan sampingan
  • Lepasan universiti atau fresh-graduate yang masih belum dapat kerja
  • Fresh-graduate yang mahu menceburi bidang pendidikan
  • Guru-guru lain yang mahu tambah pendapatan dengan bekerja secara part-time
  • Sesiapa sahaja yang mempunyai kelayakan dan terkesan dengan pandemik Coronavirus COVID-19

 

Sila isikan maklumat seperti di bawah. Boleh hubungi kami jika ada sebarang pertanyaan berkenaan jawatan kosong guru mengaji Al Quran ini.