Belajar Tarannum (Kelas Asas, Nahawand, Bayati, Soba, Hijaz, Jiharkah)

Kelas belajar tarannum Al Quran online

Sejuk hati bila dengar suara orang baca Al Quran yang merdu. Tentu terdetik ingin belajar tarannum Al Quran pula. Masa kecil-kecil dulu, tak ada peluang. Sudah besar, hati meronta-ronta mahu belajar mengaji Al Quran yang berkaitan dengan taranum.

Syarat masuk kelas belajar taranum Al Quran

Syaratnya mudah sahaja. Anda mestilah seorang yang tidak perlu masuk kelas belajar mengaji online lagi kerana sudah mahir membaca Al Quran. Penguasaan tajwid juga sudah mantap.

Jadi, anda boleh pilih untuk belajar taranum Al Quran berlagu seperti berikut:

  • Tarannum yang asas
  • Tarannum Bayati / Bayyati
  • Tarannum Nahawand
  • Tarannum Kurdi
  • Tarannum Rast
  • Tarannum Soba
  • Tarannum Jiharkah
  • Tarannum Hijaz

 

Kenapa belajar taranum?

Ramai orang mahu belajar tarun untuk mencantikkan dan memperelokkan suara mengikut proses nada, rentak dan irama yang dinyatakan di atas.

Setiap lagi, ada melodinya sendiri. Ini bukanlah untuk berbangga diri kerana boleh membaca Al Quran berlagu. Namun lebih kepada untuk mengalunkan seni suara bagi memberi kefahaman kepada kecantikan dan keindahan kalimah-kalimah Allah dalam Al Quran.

Ini juga dapat membantu pembaca dan juga pendengar menghayati uslub-uslub Al Quran sehingga dapat memahami maksud pada akal, hati dan roh.

Yang paling penting sekali, dapat beramal dengan apa yang sudah dipelajar dari Al Quran.

 

Ada kelas belajar tarannum online?

Setakat ini, memang ada permintaan dari Brunei, Singapura, Indonesia dan tidak dilupakan Malaysia. Cuma permintaan itu tidak cukup banyak. Jadi, kami masih menimbangkan untuk membukan kelas belajar taranum Al Quran online.

Berbanding guru mengaji Al Quran biasa yang mudah dicari, sangatlah sukar untuk mencari guru tarannum yang boleh mengajar secara online. Ini kerana taranum adalah satu skill yang rare. Tidak ramai orang tahu.

Tambahan lagi, masih ramai lagi guru-guru yang belum bersedia dengan teknologi menggunakan Zoom atau Google Meet.

Buat masa ini, dukacita dimaklumkan bahawa kelas belajar tarannum online masih lagi belum dibuka disebabkan permintaan yang masih lagi rendah dan cukup kekurangan guru berkelayakan yang boleh memberi komitmen untuk mengajar.

Jika tidak ada demand, bagaimana mahu sediakan supply?

Mohon maaf sekali lagi. Kami sarankan kepada anda yang mencari guru taranum supaya cuba bertanyakan rakan-rakan lain atau menghubungi mana-mana pusat pengajian Al Quran yang lain.

 

Berminat?

Jemput isi Borang Menyatakan Minat seperti di bawah. Sekiranya ada guru yang berkelayakan dan cukup quorum, kami akan hubungi anda.