Belajar Tafsir AlQuran Online (Kuala Lumpur, Malaysia & Singapura)

Kelas belajar tafsir Al Quran online

Pernah tak rasa, apabila imam baca surah panjang semasa solat Terawih di bulan Ramadan, kita tak faham apa-apa? Rasa terpinga-pinga kenapa imam menangis, orang sebelah pun rasa sebak, tapi kita tak rasa apa-apa?

Pertama sekali, kita kena belajar Bahasa Arab Al Quran untuk mendapat perasaan seperti itu. Untuk tambahan, kita juga digalakkan belajar tafsir Al Quran. Sambil belajar tafsir, sambil belajar Bahasa Arab. Barulah lengkap.

Satu lagi, pernah tak terfikir rasa untuk tahu apakah kisah di sebalik ayat-ayat yang kita baca setiap hari.  Tentu sekali terdetik di hati kita untuk mendalami tentang ayat-ayat Quran.

Bagusnya kalau dapat masuk kelas belajar tafsir AlQuran online

Kadang-kadang, bila dengan tafsir Al Quran di IKIM FM, rasa tak puas pula. Sekejap sangat. Bila tonton di TV AlHijrah pula, kadang-kadang dah separuh. Tak sempat nak dengar semua.

Jelas di sini, masa adalah kekangan utama untuk kita mendengar dan menonton tadabbur dari penceramah. Masa kita tak sama dengan masa mereka.

Jadi, alangkah bagusnya kalau dapat sesuaikan masa antara pelajar dan guru untuk bertadabbur bersama. Yang paling penting sekali, baca tafsir dan bersama-sama dari setiap inci AlQuran itu.

 

Kenapa belajar tafsir Al Quran?

Dengan belajar tafsir AlQuran, terutama sekali dalam Bahasa Melayu yang kita memang fasih, diharapkan agar kita dapat memahami isi kandungan Kitab Suci ini dengan lebih jelas dan mendalam.

Seterusnya, dapat menguatkan lagi keimanan kita.

 

Jenis kelas tafsir Al Quran yang ada

#1 Kelas tafsir Juz Amma

Ramai antara kita yang sudah hafal juzuk 30 tanpa perlu masuk kelas belajar hafazan pun. Memang sudah hafal dari kecil lagi.

Jadi, apabila sudah ada dalam dada, lebih mudah untuk merasai dan menghayati maksud-maksud tersirat dan tersurat dalam Al Quran.

#2 Kelas tafsir surah pilihan

Antara surah-surah pilihan adalah seperti berikut:

  • Surah Ar-Rahman
  • Surah Al-Waqiah
  • Surah Al-Mulk
  • Surah Yasin
  • Surah Sajadah
  • Sural Al-Insan
  • Surah Al-Kahfi (10 awal dan 10 akhir)

Ada kelas belajar tafsir AlQuran secara online?

Setakat ini, memang ada permintaan dari Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. Cuma permintaan itu tidak cukup banyak. Jadi, kami masih menimbangkan untuk memulakan kelas belajar tadabbur dan tafsir AlQuran secara online.

Berbanding guru mengaji Al Quran yang biasanya yang mudah dicari, cukup sukar untuk mencari guru tafsir  yang boleh mengajar secara online. Ini kerana mereka ini mestilah berkelayakan dan selalunya mereka ini adalah orang yang memang hafal 30 juzuk Al Quran. Jika tidak pun, mereka juga punya channel YouTube sendiri dan lebih suka bergerak sendiri atas kapasiti peribadi.

Buat masa ini, dukacita dimaklumkan bahawa kelas belajar tafsir Al Quran online masih lagi belum dibuka disebabkan permintaan yang masih lagi rendah dan cukup kekurangan guru yang boleh memberi komitmen untuk mengajar.

Jika tidak ada demand, bagaimana mahu sediakan supply?

Mohon maaf sekali lagi. Kami sarankan kepada anda yang mencari guru tafsir supaya cuba bertanyakan rakan-rakan lain atau menghubungi mana-mana pusat pengajian Al Quran yang berhampiran.

 

Berminat?

Jemput isi Borang Menyatakan Minat seperti di bawah. Sekiranya ada guru yang berkelayakan dan cukup quorum, kami akan hubungi anda.