Belajar Bahasa Arab Al Quran Online (Kelas Asas / Komunikasi)

Belajar Bahasa Arab Al Quran Online (Kelas Asas / Komunikasi)

Belajar Bahasa Arab Al Quran Online

Pernah tak terfikir untuk belajar Bahasa Arab untuk lebih mendalami Al Quran. Lebih-lebih lagi, bila kita sudah mula belajar mengaji Al Quran, tentu sekali terdetik di hati kita untuk memahami maknanya. Boleh sahaja baca tafsir untuk mendalami maksud ayat tersebut. Namun, alangkah bagusnya jika boleh terus faham apa yang dibaca bukan?

Pernah belajar Bahasa Arab dan maksud Al Fatihah?

Pernah tak rasa, baca Al Fatihah semasa solat, tetapi tidak faham satu apa pun? Rasa macam “rugi sangat” kan? Mesti akan terasa dan berpuluh-puluh tahun hidup, tapi kenapa masih lagi tak faham langsung?

Untuk makluman, dikatakan bahawa dengan belajar Bahasa Arab Al Quran dari Surah Al Baqarah sahaja, kita boleh belajar lebih 50% dari keseluruhan Al Quran. Ini kerana Surah Al Baqarah ada banyak vocabulary yang berulang dalam surah-surah lain.

Ini bermakna, kita boleh faham surah-surah yang lain dalam Al Quran bermula dengan belajar Bahasa Arab melalui Surah Al Baqarah.

Pentingnya belajar Bahasa Arab Al Quran

Seterusnya, bayangkan anda tengah solat Terawih di masjid di bulan Ramadhan. Imam baca satu surah dengan alunan yang sungguh mendayu-dayu.

Tiba-tiba kita dengar imam menangis. Kita lihat orang sebelah kita juga menangis. Dalam hati pasti akan tertanya-tanya

“Eh dah kenapa semua orang menangis? Apa yang imam baca? Alaaaa, ruginya aku tak faham”

Itulah rasanya apabila kita tak faham Bahasa Arab. Kita tak dapat menghayatinya. Adakah imam menangis sebab surah itu bercerita tentang azab neraka?

Kalau anda faham Bahasa Arab, tentu akan tahu dan menangis sekali.

 

Kenapa mahu belajar Bahasa Arab Al Quran?

Sudah tentu, yang paling penting ialah memahami isi dalam Al Quran seperti yang dinyatakan di atas tadi. Namun, ada beberapa perkara yang lain juga. Antaranya ialah:

  • Boleh bercakap dengan orang Arab semasa mengerjakan umrah atau haji
  • Boleh bersembang dan tawar menawar semasa shopping di Mekah dan Madinah
  • Berpeluang mendapat kawan-kawan baru
  • Membina keyakinan diri
  • Membina kelompok baru yang tak pernah kita fkikir

 

Jenis kelas Bahasa Arab yang ada

#1 Kelas Asas / Basic

Kelas Bahasa Arab yang asas atau basic ialah kelas permulaan. Sesuai untuk orang langsung tak pernah belajar Bahasa Arab.

Kalau pernah sekalipun, belajar semasa di sekolah rendah atau di sekolah agama masa kecil-kecil dulu.

Dulu menghafal untuk lulus peperiksaan dan ujian. Sekarang anda bercita-cita untuk faham Al Quran.

 

#2 Kelas Komunikasi

Kelas Bahasa Arab komunikasi pula adalah satu skill baru yang anda boleh dapat. Sesuai untuk orang mahu belajar bahasa baru bagi memboleh berkomunikasi dengan orang-orang dari negara Arab seperti Palestin, Arab Saudi, Mesir, Sudan, Jordan, Iraq, Syria, Lebanon, Kuwait, Bahrain, Qatar, Algeria, Maghribi, Tunisia dan lain-lain lagi.

Mengerjakan umrah / haji

Bukan sahaja boleh bersembang dan berbual-bual semasa mengerjakan umrah dan haji di Mekah dan Madinah, anda juga boleh berbicara semasa melancong ke negara-negara Arab yang lain.

Melancong ke negara-negara Arab

Kaau melawat Piramid di Mesir, anda boleh bertanya lanjut dengan orang di sana. Orang kata Maghribi (atau Morocco) sangat cantik.

Pasti menarik kalau pergi sana bukan?

 

Ada kelas belajar Bahasa Arab online?

Setakat ini, memang ada permintaan dari Brunei, Singapura, Indonesia dan tidak dilupakan Malaysia. Cuma permintaan itu tidak cukup banyak. Jadi, kami masih menimbangkan untuk belajar Bahasa Arab Al Quran online.

Berbanding guru mengaji Al Quran biasa yang mudah dicari, cukup sukar untuk mencari guru Bahasa Arab yang boleh mengajar secara online. Kalau ada pun, mereka mempunyai perniagaan sendiri dan bergerak atas kapasiti peribadi.

Bukan itu sahaja, ini juga adalah kaedah baru yang masih ramai lagi guru-guru lama tidak bersedia dengan teknologi menggunakan Zoom atau Google Meet.

Buat masa ini, dukacita dimaklumkan bahawa kelas belajar belajar Bahasa Arab online masih lagi belum dibuka disebabkan permintaan yang masih lagi rendah dan cukup kekurangan guru yang boleh memberi komitmen untuk mengajar.

Jika tidak ada demand, bagaimana mahu sediakan supply?

Mohon maaf sekali lagi. Kami cadangkan kepada anda yang mencari guru Bahasa Arab supaya cuba bertanyakan rakan-rakan lain atau menghubungi mana-mana pusat pengajian Bahasa Arab yang berhampiran.

 

Berminat?

Jemput isi Borang Menyatakan Minat seperti di bawah. Sekiranya ada guru yang berkelayakan dan cukup quorum, kami akan hubungi anda.