Soalan Lazim

Memandangkan ramai yang bertanya soalan yang sama, kami senaraikan beberapa soalan lazim di sini untuk rujukan anda.

 

Berapa harga untuk join kelas JomAlQuran?

Untuk maklumat berkenaan harga, boleh rujuk sini.

 

Saya zero, langsung tak kenal huruf. Boleh join ke?

Boleh, tak ada masalah. Kami ada ustaz / ustazah yang boleh bantu sesiapa sahaja yang tidak ada asas.

 

Di mana kelas JomAlQuran?

Kami tidak mempunyai kelas fizikal. Kelas kami 100% online.

 

Saya bukan orang Malaysia. Boleh join ke?

Sekiranya anda duduk Kutub Utara mahupun Kutub Selatan sekalipun, selagi ada Internet, anda dialu-alukan join.

Tambahan lagi, memang ada ramai pelajar dari luar Malaysia. Antaranya:

  • Singapore (ini paling ramai)
  • Saudi Arabia
  • Australia
  • Japan
  • UAE
  • Philippines
  • United States
  • Netherlands
  • South Korea
  • Sri Lanka
  • Sweden
  • United Kingdom
  • India
  • New Zealand
  • Qatar
  • Brunei
  • Germany
  • Finland

 

Belajar secara group atau personal?

Tidak ada kelas secara group. Kelas ini adalah secara personal iaitu one-to-one. Ini bermakna, semasa proses pembelajaran, hanya ada seorang guru dan seorang pelajar sahaja. Tidak bercampur dengan yang lain.

 

Berapa lama boleh improve bacaan saya?

Untuk improve bacaan, ia memakan masa. Ada yang boleh 3 bulan, ada 6 bulan, ada 1 tahun dan ada bertahun-tahun masih lagi tidak boleh improve.

Ini adalah bergantung kepada kelajuan pelajar itu sendiri.

 

Berapa lama boleh lancar mengaji?

Untuk menjawab secara umum, ia bergantung kepada izin Allah. Untuk lancar, anda perlu banyakkan mengaji di luar waktu belajar. Ini bermakna, tidak boleh berharap dengan kelas bersama guru sahaja.

Anda juga boleh minta rakan-rakan yang pandai mengaji untuk bersama-sama mengaji dengan anda.

 

Ada sijil tak?

Ini adalah pembelajaran secara santai, kasual dan tidak mengikuti apa-apa modul. Tidak ada sijil.

 

Macam mana cara pembelajaran di JomAlQuran?

Seperti yang dimaklumkan, cara pembelajaran adalah secara online. Belajar pun, santai sahaja. Tidak ada stress.

Maklumbalas guru akan diberikan kepada pelajar selepas sesi preview nanti.

 

Cara pembayaran macam mana?

Cara pembayaran adalah secara online / kad kredit / FPX / manual bank in. Pelajar perlu login ke dalam sistem untuk melihat dan menyemak baki yuran.

 

Bayar dulu baru study; atau study dulu baru bayar?

Bayar dulu baru study.

Pembayaran juga perlu dilakukan dalam masa 7-14 hari pada setiap bulan tersebut.

 

Andaikata  belajar 2 bulan dan mahu berhenti, ada caj apa-apa?

Jika berhenti, tidak ada apa-apa caj. Cuma rugi jika tidak sambung sebelum mencapai apa yang diingini.

 

Selepas berhenti, 3 bulan saya berminat nak join semula. Kena register baru or macam mana?

Jika berminat untuk join semula, masih perlu daftar baru. Cuma tidak janji akan dapat guru yang sama.

 

Bila boleh mula?

Kalau anda sudah bersedia, anda boleh isikan borang terlebih dahulu. Selepas trial class, kalau suka dengan guru itu, boleh mula bila-bila sahaja.

 

Macam mana nak booking?

Seperti yang kami maklumkan, anda hanya perlu borang terlebih dahulu. Kami akan berikan link untuk booking selepas itu.

 

Macam mana nak bayar?

Alah, nanti-nantilah dulu. Masuklah trial class dulu. Tengok-tengok sesuai ke tak.

Kalau ok, nanti kami beritahu macam mana nak bayar.

 

Ada kelas untuk kanak-kanak?

Ada. Kelas untuk dewasa pun ada juga.

 

Ada kelas tafsir Al Quran tak?

Maaf, tidak ada. Buat masa ini, kami hanya jalankan kelas belajar Iqra dan Al Quran sahaja.

 

Ada kelas untuk belajar Bahasa Arab Al Quran tak?

Maaf, tidak ada juga. Tapi, kalau nak belajar Bahasa Arab komunikasi, boleh tanya di JomArabic.com

 

Ada program talaqqi Al Quran bersanad tak?

Maaf, buat masa ini, kami tidak sediakan program untuk talaqqi bersanad.

 

Saya seorang perempuan. Boleh tak nak pilih ustazah sahaja?

Boleh. Kami memang akan berikan guru mengikut jantina pelajar.

 

Saya seorang perempuan. Boleh tak nak ustaz yang ajar saya?

Bagi mengelakkan fitnah, kami hanya akan berikan guru perempuan sahaja kepada pelajar perempuan.

 

Saya seorang lelaki. Boleh tak nak ustazah yang ajar saya?

Maaf, tidak boleh. Jika lelaki, kami akan berikan ustaz. Ini adalah untuk mengelakkan fitnah.

 

Boleh tak saya hubungi JomAlQuran melalui Whatsapp?

Boleh sangat. Tekan sahaja 012-3377200