Kelas Mengaji Online Percuma (FREE, Tak Perlu Bayar Apa-apa!)

Kelas mengaji online percuma (FREE)

Bagi anda yang mencari-cari kelas mengaji online percuma, kami akan kongsikan beberapa individu yang memang mengajar secara online.

Walau bagaimanapun, kelas mengaji online secara percuma ini hanyalah satu hala sahaja. Maksudnya, kita hanya boleh mendengar dan belajar dari apa yang disampaikan oleh guru.

Jadi, tidak ada proses guru menyemak bacaan kita samada betul atau tidak.

Apa-apa pun, izinkan kami berkongsi.

Kelas mengaji online percuma

#1 Kak Yah Global

Kak Yah Global adalah satu fenomena di Malaysia. Beliau mengajar Al Quran dengan gaya yang cukup santai tetapi padat dengan segala hukum tajwid.

Dengan followers yang menghampiri 200,000, Kak Yah tetapi dinantikan oleh pengikut beliau setiap hari pada jam 7 pagi.

Belajar mengaji dengan Kak Yah Global adalah sesuai untuk orang yang sudah mahir ataupun sudah sampai level Al Quran.

Bagi yang bacaannya masih merangkak atau masih lagi dalam Iqra, mungkin agak sedikit sukar mengikuti kelas ini. Namun, ini bukan bermakna tak boleh belajar langsung. Boleh sahaja. Cuma akan ada sedikit terma-terma yang mungkin kedengaran asing di telinga kerana tidak biasa.

Belajar di Kak Yah Global, selain belajar mengaji online secara percuma, ia semacam dapat belajar tajwid online percuma. Segala hukum-hukum tajwid diterangkan dengan cukup jelas.

Jika sudah bersedia, jemput layari laman Facebook Page Kak Yah Global sekarang.

 

Kenapa Jom Al Quran Academy tak buat kelas mengaji online free?

Ada sebabnya kami tidak menawarkan kelas mengaji ini secara percuma. Antaranya ialah:

  • Guru perlu dibayar kerana mereka membimbing pelajar secara persendirian
  • Ini bermakna, pengajaran bukan hanya guru membaca dan pelajar mendengar semata-mata. Itu adalah satu hala.
  • Sebaliknya, pengajaran di Jom Al Quran Academy adalah dua hala di mana pelajar membaca dan guru memperbaiki dan membetulkan mana-mana bacaan yang salah.
  • Guru akan memberi maklumbalas kepada pelajar pada masa itu juga
  • Pernah dengar orang selalu berkata “Kalau nak belajar, kau kena buat salah dulu. Kalau kau nak berjaya, kau kena jatuh dulu”
  • Ternyata ini adalah cara belajar mengaji yang lebih efektif
  • Tidak salah belajar Al Quran dengan cara mendengar sahaja
  • Namun, kaedah pembelajaran akan menjadi lebih pantas sekiranya dilakukan secara dua hala

 

Boleh free trial dulu tak?

Boleh, tak ada masalah untuk kelas percubaan. Kami boleh berikan free trial selama 30 minit yang akan dilakukan secara online juga.

Jika anda rasa ingin lihat dulu muka pengajar untuk melihat keserasian, kami galakkan anda ambil peluang untuk belajar secara online ini.

Cuma guru yang akan hubungi anda untuk free trial itu tidak semestinya guru yang akan mengajar nanti.

Anda hanya perlu isikan borang di bawah ini. Kami akan menghubungi anda secepat mungkin.