Kelas Mengaji Iqra Dewasa Online (Belajar Guna Zoom / Google Meet)

Kelas mengaji Iqra dewasa online

Bagi anda yang sudah berumur, jangan terlalu rasa bersalah jika masih tak pandai baca Al Quran. Percayalah, masih belum terlambat. Kami ada kelas mengaji Iqra dewasa yang dijalankan secara online.

#1 Kelas mengaji Iqra’ dewasa

Kelas belajar mengaji Iqra’ khas untuk golongan dewasa ini sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah seperti:

  • Hanya pandai baca Al Quran rumi
  • Tidak kenal huruf langsung
  • Tidak tahu sebutan atau makhraj yang betul
  • Tidak tahu nak berhenti di mana
  • Masih tidak tahu panjang pendek harkat
  • Masih keliru huruf tebal, huruf nipis
  • Asyik salah baris atas, bawah & depan
  • Asyik salah baca huruf bersambung
  • Bacaan Al Quran merangkak
  • Tidak dapat baca Al Quran lancar

Jangan terlalu risau dengan hukum tajwid yang advance. Apa yang penting di sini ialah penguasaan Iqra’ terlebih dahulu.

Ilmu tajwid boleh dipelajari selepas lancar membaca Iqra’ untuk dewasa ini.

 

#2 Kelebihan kelas mengaji Iqra’ dewasa online

Antara beberapa kelebihan memasuki kelas mengaji Iqra’ dewasa dan pembelajaran Al Quran online ialah:

  • Boleh tentukan masa sendiri untuk belajar Iqra
  • Tidak perlu keluar untuk pergi belajar dengan guru
  • Tidak perlu menunggu ustaz / ustazah sampai ke rumah
  • Tidak perlu kemas dan siap-siapkan rumah untuk guru datang
  • Bila belajar secara persendirian dengan guru, akan mendapat tumpuan lebih dari guru
  • Tak perlu malu diketawakan oleh orang lain
  • Tidak ada siapa-siapa yang akan judge
  • Juga boleh belajar bersama suami atau isteri masing-masing secara online
  • Guru akan bimbing dari mula, back-to-basics
  • Lebih kepada konsep personal coaching

 

Ada free trial?

Boleh, tak ada masalah. Kami boleh sahaja berikan free trial selama 30 minit.

Jika anda rasa ingin lihat dulu muka pengajar untuk melihat keserasian, kami galakkan anda ambil peluang ini. Kenal-kenal dulu dengan tenaga pengajar sedia ada.

Tidak jadi ambil, tak mengapa.

Anda hanya perlu isikan borang di bawah ini.